Wednesday, May 11, 2016

Mimpi Aneh

Baru ni aku mimpi aneh. Mimpi naik lift hotel lama. Mimpi masuk hospital lama. 2 settings lama dalam satu mimpi.

Oh ya. Aku jumpa dua jururawat dalam mimpi. Berbangsa Melayu dan India.

Aku dan adik-adik sesat mencari bilik hotel. Tingkat 10.

Masuk je dalam bilik hotel tingkat 10. Aku seakan dipukul dari belakang. Papp..aku kaku. Freeze. Yang mana pergerakan ku minimum. Kaku beku.

"Pegang tangan aku. Jangan lepas" ujar aku kepada adik lelaki aku.

Dia terlepas dari tangan aku.

Aku cuba menjerit. Jeritan yang "terkurung"

"Aku dengar kau jerit. Aku tau kau kena tindih"
_______________________

Realiti.

"Aku tau kau kena tindih kan" kata adik lelaki aku.

"Mana kau tau? Bukan nak sentuh aku" tanya aku sejurus bangun tidur. Sakit. Aku rasa ini tindih paling berat.

"Aku dengar kau jerit. Aku tau kau kena tindih" kata adik lelaki aku. Kata yang sama dilontarkan dalam mimpi aku.

Hah! Aku rasa ini kejutan untuk aku solat Subuh.

2 ,134 blogger sensasi komen:

Kai Ssi said...

sleep paralysis nie ...
mungkin terlalu lama tidur satu arah je ...

http://kaissi.my

ewanthology said...

sebelum tido x basuh kaki ni..hehe

JEJAK LU ORANG