Saturday, January 23, 2016

Tips Interview

Kimia itu penting
Pertama, kalau kau orang yang first masuk dalam bilik interview manakala interviewer tak sampai-sampai lagi. Kau silakan duduk jangan goyang pena ditangan mahupun kaki ibarat Parkinson. Posture duduk tu mestilah tegak, bahu tegak macam model ambil gambar dalam studio jangan melengkung. Bila interviewer masuk silalah lemparkan senyuman yang paaaling manis. Kau tunggu apa lagi. Sila bangun berdiri tanda hormat. Kalau halal salaam. Hulurkan persalaman. Sampai dia kata duduk Puan/Cik/Encik sila duduk. Baru kau duduk.

Haritu aku interview dengan company milik Bumiputera. Aku boleh katakan sesi interview aku berjalan lancar. Cuma soalan berkaitan akta-akta aku tak sempat nak telaah. Lepas ni aku telaah. I promise.
Jadi haritu aku switched character aku yang kedua.

Mata contact dengan interviewer itu penting. Tapi janganlah kau tenung dalam-dalam jatuh hati pulak bah.


Pakaian. Aku pakai ala-ala guru. Padanan selendang keemasan lembut dengan baju kurung berwarna dusty pink. Ayuuuuu ha ahkak *hakhak puji diri sikit. Warna memainkan peranan penting gaiss. Kalau non-bumi pakai la ala-ala wanita corporate barulah confident level tinggi.eh!

Beberapa soalan case study dilontarkan kepada aku.
Kalau ada soalan yang korang tak dapat jawab. Minta maaf dan minta interviewer terangkan maksud soalan. Jangan nak "aaaaaaaaaaaaa" panjang gila ok. Jawab yakin boleh pikirkan kau boleh. Kau jangan garu leher kepala. Suara jangan ketaq. Biar jelas lontaran suara.

Soalan yang wajib dilontarkan tanda habisnya sesi interview ialah "u ada nak tanya apa-apa soalan?" Kriiik kriik

Soalan ini wajib korang jawab. Jangan tanya tentang tangga gaji. Sebaliknya tanya soalan yang boleh bina kepercayaan interviewer dekat korang.
Macam aku. Aku memilih soalan TDR scope kerja yang diapplied. Task Duty Responsibility. Dan soalan bonding. Soalan bonding ni kau tanya la pasal interviewer pulak. Pengalaman dia dengan company. Barulah boleh bina "kimia" dengan interviewer.
Aku bina "kimia" secara professionalnya dengan interviewer. Moga rezeki ada.

Lokasi: Pejabat berhawa dingin 
Waktu: Petang sepoi-sepoi


Yang Benar,
Aku dapat second interview dari company yang sama. Doakan aku gaiss.

2 ,134 blogger sensasi komen:

ewanthology said...

semoga berjaya untuk 2nd interview nnt.

FurBall said...

Good luck untuk your second interview. Confirm dapat dah lah. Kalau dapat boleh belanja makan dgn gaji pertama nih.. LoL..

JEJAK LU ORANG