Wednesday, December 21, 2016

Advertorial Services Malaysia

Hi peniaga-peniaga online, anyone yang ada products nak di iklankan boleh roger-roger Fadh okey.

Individual seller, Lazada, Zalora

Direct email to nurfadhramli@gmail.com

Monday, December 12, 2016

Kampung

Tak sabar nak hirup udara kampung. Udara kampung yang pagi nya sejuk. Rumputnya pun berembun. Tak sabar nak lihat pekan lama. Pekan lama yang pukul 8 malam nya sudah sunyi sepi.
Tak sabar nak pergi pasar pagi yang peniaganya ramah berbudi bahasa.

Hai masyarakat kampung. Aku rindu.

Thursday, November 17, 2016

Sunday, October 23, 2016

Keputusan

Buat keputusan nak attend atau tidak untuk esok hari. Sama macam kau dah plan majlis kawin esok dan kau tak nak kawin. Last minute decision.

This is about life or death.

Aku feel sangat demotivated.
Headache teruk.
Demam.
Lemah.

What if I chose not to go? Ada hikmah ke kenapa aku demam.

Entry ni tiada siapa faham melainkan yang dah tau situasi aku.

Sunday, October 16, 2016

Serious Lah

Bila ada sesuatu yang kita kurang percaya. We will be like "serious lah".

Serious lah.

Nah. I don't think you are serious.

I give up lah.
Sense of trust. Zero.
You never make a move.
Static like an old tree in the backyard.

I stopped in the middle of the chapter. Glanced. Seems like the ending gonna be sorrow and dull as hell.

Serious lah. The ending will be sad ending.. Hence, Endless.

Aku musykil.

"You" here can be penyampai cerita atau you.

Monday, September 26, 2016

Pandang Dua Kali

Ada sesuatu yang menarik perhatian. Lelaki India berbaju batik. Ditangannya ada akhbar suku kaum Cina.

1Malaysia?

Thursday, August 25, 2016

Broken Malay

Selalu dengar broken English kan. Sis nak up story broken Malay. Kenapa selalu bila Melayu cakap broken English kita ketawa dan bila Mat Salleh cakap broken Malay kita likeee...wow impressed!

So nak jadi kan story, kawan sis kongsi pengalaman dia ke pejabat Kerajaan. Katanya sampai-sampai pejabat orang pandang dia macam nak makan dia. Kawan sis cakap "saya boleh cakap Melayu sikit-sikit" dan mereka sedikit lega dan wow boleh cakap Melayu.

Lain pulak dengan situasi seorang jejaka  Melayu yang menyanyi lagu Mat Salleh fluent sangat. Lepas habis nyanyi dia di minta untuk memberi sepatah dua kata (in English) "Thanks, I here" kahkah..di ketawakan orang-orang Melayu. Yup! Inilah punca kenapa segelintir Melayu mereka tahu berbahasa "English" akan tetapi kurang keyakinan bila bercakap.

Sis pernah diminta untuk translatekn WhatsApp BM
yang kawan sis dapat dari staff Kerajaan. Dengan yakinnya dia nak reply balik dalam Melayu akan tetapi sedikit broken. "I will reply, saya cakap kawan saya".

Jawab Sis " saya bagi tahu kawan saya ".
Katanya " I thought bagi is balance tahu is know".
Bagi? O, that one not bagi but baki.

Bagi = give
Baki = balance

Wednesday, August 3, 2016

Patuh

Short update. Cepat betul waktu berlalu. Cepat. This is random entry. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada senior2 yang selalu memberi nasihat. Nasihat orang lama perlu dipatuh.

Thursday, July 21, 2016

Corporate vs Clinical

Nak dijadikan kisah aku dapat screening iv invitation dalam clinical field untuk position ABA Therapist. Jarang kedengaran position ni dekat Malaysia sebab Malaysia baru mendapat pendedahan tentang kepentingan ABA Therapist untuk pemulihan anak-anak Autism.  Pengalaman? Aku berpengalaman volunteer dengan anak-anak CP. Cerebral Palsy. Ya Tuhan rindunya depa. Saja la aku apply. Sebab requirement dia bidang aku. Psychology. Dan tiadalah aku mengharap.
Sebab?
Candidates yang hadir hebat-hebat orangnya.. ada yang berpengalaman sedangkan aku fresh graduate..iv semalam in a group, ada lah dalam 10 orang. Dan. Aku sorang berbangsa Melayu. Aku sorang je IPTA.
Apa berlaku during the iv?
First kami dibawa masuk satu bilik meeting yang ada TV. Setiap orang memperkenalkan background masing-masing. Time ni la soft skills kau amat penting..cara kau present diri kau.
Lepas dah present ada questionnaires yang kami kena isi. Bukan soalan MCQ ok. Soalan cases.
Lepas isi questionnaires. Consultant recruitment memaparkan video pendedahan Autism. Dan yang paling menarik agenda kami menjadi observer anak-anak Autism bagaimana cara mereka menjalani therapy. No video no photo! Confidential clients harus dijaga.
Itu Clinical field. Dan aku dah dapat result pun. Tidak terpilih.
Terkini aku lalui interview dengan Management Corporate field ..BIMB Holdings Berhad..  position sebagai trainee dulu untuk 3 bulan if semuanya lancar dan ada rezeki di situ InshaAllah diserap masuk. 
Yang ini ada dua calon. Aku dan seorang lagi hamba Allah. Jika bukan rezeki aku disitu maka rezeki dia. Rezeki masing-masing ada.

Saturday, July 16, 2016

Promosi Anak Bujang

Harini aku ke Kajang berjumpa dengan sanak saudara sebelah Abah. Ada yang 10 tahun aku tak jumpa. Kira lama jugak la kan. Jumpa dulu waktu kecik-kecik.

Duduk la aku semeja dengan geng mandi sungai panjat bukit dengan Abah waktu kecik-kecik dulu.

Ni anak no berapa? Dah kawin? soal mak cik Pah. Pantas aku menjawab anak sulung..tak kawin lagi..

Sambungnya lagi ditujukan kepada mak ndak Aimi, cantikkan anak Li (Abah) ni. Mama pulak ketawa. Aku yang sedang makan tersipu acah2 malu dengan senyuman yang agak palsu sambil menguyah daging masak kurma yang agak liat. Lantas mak ndak Aimi mengiyakan mak cik Pah.."cantik..tengok lah maknya" lol! Abah aku kat sebelah aku kot..kenapa tak cakap tengok la bapaknya.. mungkin sebab Abah sedikit montel comel dan buncit. (muka aku tengah jerawat "berpinak ranak" akibat pelahap segala jenis makanan di hari raya. Apa mereka rabun)

Mak ndak Aimi membuka topik anak terunanya yang bongsu. Yang jodoh masih tidak kelihatan. Yang sudah berkerja 5 tahun di syarikat gergasi minyak Malaysia.. blablablabla.. anak dia ada di belakang meja aku. Aku pasti dia malu dengan tindakan "promosi" dirinya.
Orang busy..takkan nak pegi supermarket cari calon kot kata si anak kepada ibu.

Usai nak pulang. Beriya mak ndak Aimi meminta alamat rumah. Sesampainya di kediaman belum sempat nak text alamat rumah. Abah aku dapat panggilan. Jemputan ke rumah dia..katanya bukan open house. Tapi ada benda nak bincang.(padahal tadi waktu makan2 dia cakap esok dia nak pergi open house orang lain) Gulp! Kenapa aku rasa pasal anak bongsu dia. Awal-awal aku bilang, aku tak nak pergi.

Kesudahnya, Abah selaku ketua keluarga memberi alasan ada hal lain. Jawab mak ndak Aimi. "Takpe..hari lain ada"😲

Pah dan Aimi bukan nama sebenar.

Thursday, June 30, 2016

Parking Bertingkat di Setiap LRT

Pagi-pagi bukak topic pasal parking. Alangkah bagusnya diwujudkan kemudahan parking bertingkat di setiap LRT.

Seperti yang sedia ada di Stesen Putra LRT Gombak.

Saturday, June 25, 2016

Pandang Pertama

Orang selalu kata kalau pandangan pertama kita terhadap seseorang tu kadang-kadang tak betul.. kadang-kadang betul..

Aku bertemu dengan beberapa kerat manusia yang pada pandangan pertama aku dah judge..

"Tak friendly dia ni"
"Uish nampak macam sombong"

Mungkin Tuhan nak tunjukkan kebenaran kepada aku. 4 orang yang aku judge duduk sekali dengan aku.

Aku memulakan perbualan memecahkan suasana cengkerik sebelum dipanggil masuk.

Chitchat chitchat.. networking developed..

Ternyata jangkaan aku salah. Setengah individu mengambil masa untuk..

"Lebih friendly"
"Uish dia ni ok je"

Yang Benar,
Pejangka, Jun 2016

Friday, May 27, 2016

Dotdotdotrahsiala

Alangkah baiknya kalau sesuatu yang kurang jelas. Samar-samar. Dicahayakan. Agar aku di sini dapat membantu. Ceh! Cakap berbunga bagai.

Aku baru ni dapat WhatsApp dari kenalan lama. Lama sangat tak jumpa. Kenalan lama ni selalunya bila WhatsApp ada 3 sebab.

1) Tanya khabar
2) Jemput kenduri kawin
3) Nak pinjam duit

Tapi kenalan aku ni tiada dalam point-point di atas.

Point dia nak mintak no phone seseorang berjawatan dotdotdotrahsiala
..

Takkan la aku sesuka hati nak bagi/pass orang punya phone number tanpa alasan kukuh. Mestilah nak kena mintak keijinan Tuan phone ye dak. So, aku pun tanya si kenalan lama atas urusan atau alasan apa dia nak nombor si polan berjawatan dotdotdotrahsiala..

Kenalan lama tak jawab WhatsApp persoalan aku dan dibiarkan double blue tick.

Dear kenalan lama, kalau nak minta pertolongan, aku dengan berbesar rahmat boleh tolong..ada je phone no aktif si polan berjawatan dotdotdotrahsiala dalam telefon bimbit aku. Disebabkan kau tak nak explain..takpela aku pun biarkan phone no orang tu menjadi rahsia. Bukan apa privacy orang tak boleh sesuka hati kita. Sekian isu dotdotdotrahsiala.

Sunday, May 15, 2016

Adi Putra

Lokasi: Hospital KPJ Specialist
Waktu: Petang Nyaman

Spesifikasi Lokasi: Ruang menunggu hadapan elevator aka lift

Ada dua orang Makcik..aku, mama, adik lelaki, Abah, adik perempuan dan bapa saudara menunggu kehadiran lift menjemput kami untuk turun ke tingkat bawah.

Aku perasan makcik2 ni dok pandang sambil tersenyum2. Ok..org senyum kita balas balik senyum.

Makcik2 pandang berulang kali. Melirik mata dan tersenyum lagi. Gulp. Muka aku comot ke kenapa.

Dekat celah gigi aku ada cili ke kenapa.

Turun je dari lift jauh dari mereka aku tanya Mama aku.

"Mama perasan tak depa pandang2..?"

Jawab adik lelaki aku.

"Ye la..kan ada Adi Putera sebelah kau (merujuk kepada dirinya sendiri)"

Dan kami pun berciacia..haish makcik jangan salah pandang. Sekian cerpen pendek perasan adik lelaki aku.

Wednesday, May 11, 2016

Mimpi Aneh

Baru ni aku mimpi aneh. Mimpi naik lift hotel lama. Mimpi masuk hospital lama. 2 settings lama dalam satu mimpi.

Oh ya. Aku jumpa dua jururawat dalam mimpi. Berbangsa Melayu dan India.

Aku dan adik-adik sesat mencari bilik hotel. Tingkat 10.

Masuk je dalam bilik hotel tingkat 10. Aku seakan dipukul dari belakang. Papp..aku kaku. Freeze. Yang mana pergerakan ku minimum. Kaku beku.

"Pegang tangan aku. Jangan lepas" ujar aku kepada adik lelaki aku.

Dia terlepas dari tangan aku.

Aku cuba menjerit. Jeritan yang "terkurung"

"Aku dengar kau jerit. Aku tau kau kena tindih"
_______________________

Realiti.

"Aku tau kau kena tindih kan" kata adik lelaki aku.

"Mana kau tau? Bukan nak sentuh aku" tanya aku sejurus bangun tidur. Sakit. Aku rasa ini tindih paling berat.

"Aku dengar kau jerit. Aku tau kau kena tindih" kata adik lelaki aku. Kata yang sama dilontarkan dalam mimpi aku.

Hah! Aku rasa ini kejutan untuk aku solat Subuh.

Thursday, May 5, 2016

Kilat

"Akak nak balik jalan kaki hujan2 lebat macam ni?"- .. Soal aku.

"Mari saya tumpangkan"

Ok. Rasa macam dalam drama sangat. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Dalam keadaan malap. Hujan lebat. Kilat berdentum. Aku hanya berpandukan dengan garisan putus putus putih untuk sampai ke destinasi.

Dan. Wiper kereta aku rosak.
Berzikir sepanjang jalan.

Moga esok aku hidup lagi. Phew.. Selamat sampai. Ternyata panjang umur lagi.

Sunday, April 24, 2016

Zawara Clearance Sales

Short update. Tak sengaja terscroll ig insta..Zawara tengah buat clearance sales..sampai malam ni pukul 8. Location Menara Mara. Okay sis nak pi terjah. Nak cari Shawl!

Saturday, April 16, 2016

Kenapa ya. Kenapa

...sampai satu tahap aku buat list dalam satu buku rampaian. Satu muka surat di tengahnya aku gariskan garisan lurus yang panjang. Jadi ada dua ruang yang terpisah dengan garisan lurus.
Kenapa ya. Kenapa. Isi kiri dan kanan banyak sangat perbezaannya.
Kenapa ya. Kenapa. Jauh di sudut hati yang kiri lebih banyak baiknya dari yang kanan.
Kenapa ya. Kenapa. Aku buat perbandingan.
Dillema? atau Tuhan makbulkan doa kau.

Friday, April 8, 2016

Kekuatan

Nak dijadikan cerita semalam aku tidoq 3 jam.

Abah kena admit pukul 1 pagi.
Pukul 3 pagi waktu nak balik bawak adik-adik tayar pulak pancit.

Aku ni memang fail bab2 tukar tayar. Nasib Allah tu nak tolong. Maka diturunkan mengikut perancanganNya 3 orang pemuda dan seorang pakcik tolong aku.

Pakcik yang dah tolong aku sebelum ni. Yang prevent kereta dari kena pecah. Terima kasih. Kata pakcik yang tak sempat aku tanya nama. Tuhan memang lindungi aku.

Hikmah yang aku dapat.
1) Belajaq untuk jadi lebih berani
2) Belajaq untuk percaya orang lain
3) Belajaq untuk tukaq tayar! Kahkah..


Saturday, February 20, 2016

Definition of Gembira and Bahagia

Gembira menurut ku kesenangan hati.
Bahagia menurut ku ketenangan jiwa.

Dua definisi yang tergolong dibawah satu payung yang sama.

Alhamdulillah.

Sunday, January 24, 2016

Puisi Buat Kamu


Puisi ku romantis malu
Rentaknya melankolis
Tersusun aksara rapi
Tanpa satira bicara
Lunak gemersik kalbu
Yang hanya aku hamparkan
Pada arjuna penakluk hati

Dengarkah kau desiran itu
Jauh pelosok bumi
Ia menghampiri
Desiran ini punya kata
Dibawa arus ombak
Sepoi angin bicara
Lantas ia berkata
Pssst..

Awak di sana pencuri hati
Selamat hari lahir
Moga dalam lindunganNya selalu.

Love,
Yanie Amaryllis, Januari 2016.



Saturday, January 23, 2016

Tips Interview

Kimia itu penting
Pertama, kalau kau orang yang first masuk dalam bilik interview manakala interviewer tak sampai-sampai lagi. Kau silakan duduk jangan goyang pena ditangan mahupun kaki ibarat Parkinson. Posture duduk tu mestilah tegak, bahu tegak macam model ambil gambar dalam studio jangan melengkung. Bila interviewer masuk silalah lemparkan senyuman yang paaaling manis. Kau tunggu apa lagi. Sila bangun berdiri tanda hormat. Kalau halal salaam. Hulurkan persalaman. Sampai dia kata duduk Puan/Cik/Encik sila duduk. Baru kau duduk.

Haritu aku interview dengan company milik Bumiputera. Aku boleh katakan sesi interview aku berjalan lancar. Cuma soalan berkaitan akta-akta aku tak sempat nak telaah. Lepas ni aku telaah. I promise.
Jadi haritu aku switched character aku yang kedua.

Mata contact dengan interviewer itu penting. Tapi janganlah kau tenung dalam-dalam jatuh hati pulak bah.


Pakaian. Aku pakai ala-ala guru. Padanan selendang keemasan lembut dengan baju kurung berwarna dusty pink. Ayuuuuu ha ahkak *hakhak puji diri sikit. Warna memainkan peranan penting gaiss. Kalau non-bumi pakai la ala-ala wanita corporate barulah confident level tinggi.eh!

Beberapa soalan case study dilontarkan kepada aku.
Kalau ada soalan yang korang tak dapat jawab. Minta maaf dan minta interviewer terangkan maksud soalan. Jangan nak "aaaaaaaaaaaaa" panjang gila ok. Jawab yakin boleh pikirkan kau boleh. Kau jangan garu leher kepala. Suara jangan ketaq. Biar jelas lontaran suara.

Soalan yang wajib dilontarkan tanda habisnya sesi interview ialah "u ada nak tanya apa-apa soalan?" Kriiik kriik

Soalan ini wajib korang jawab. Jangan tanya tentang tangga gaji. Sebaliknya tanya soalan yang boleh bina kepercayaan interviewer dekat korang.
Macam aku. Aku memilih soalan TDR scope kerja yang diapplied. Task Duty Responsibility. Dan soalan bonding. Soalan bonding ni kau tanya la pasal interviewer pulak. Pengalaman dia dengan company. Barulah boleh bina "kimia" dengan interviewer.
Aku bina "kimia" secara professionalnya dengan interviewer. Moga rezeki ada.

Lokasi: Pejabat berhawa dingin 
Waktu: Petang sepoi-sepoi


Yang Benar,
Aku dapat second interview dari company yang sama. Doakan aku gaiss.

Thursday, January 21, 2016

Cuai

Cuai. Harini dua panggilan penting dari company yang aku pergi interview tak berangkat.
Alasan kenapa tak call balik tadi. Pertama tak berangkat yang terpapar di skrin "panggilan tak berjawab". Kedua, sebab aku ingat no. scammer. (Selalu aku berpikiran bukan-bukan) #overthinking
Alasan lain: Pasal company tu kata kalau nak call mungkin after one week. Jadi aku tak assume itu no. company.
Tup tup
Tadi check profile company. Nah. Itu nombor company yang aku pi interview. Terus lagu awan yang terpilu dendangan Ning Baizura berdondang sayang di corong telinga aku. Oh awat jadi lagu ni.
Apa masih ada harapan lagi kalau aku call depa esok. Takpe. Esok once receptionist masuk kerja. Berkumandanglah suara aku dicorong telefon. 
Lokasi: Di hujung katil
Waktu: Malam lara

Tuesday, January 19, 2016

Ngorat Versi Dua

Ok. Ini kali kedua entri aku bertajuk ngorat.
Yang pertama masih dalam rangkaan tersimpan rapi di dlm draft.
Ngorat. Aku tak tau dari mana kau belajar cara ngorat. Mungkin kau tanya kawan kau. Atau. Mungkin kau Google.
Dulu aku tanya mak aku macam mana bapak aku ngorat dia. Katanya bapak aku utus surat. Psst.. Aku pernah baca surat bapak aku. Oh! Diabetes.

Ngorat ini pelbagai. Contoh skrip ngorat ketinggalan jaman. Orang tak pakai dah ni bro.*kahkah

Staff 1: eh siapa yanie?
Staff 2 : tu yanie.
Aku: saya yanie. 
Staff 1: awak ni sepupu Karmila yang tinggal dekat Ampang tu kan?
Aku: salah orang. Karmila pun tak kenal.*sambung buat kerja sambil tak peduli sebab aku busy keyed in stock dalam policy system. Dan manager dok perhati dari jauh. Manakala budak-budak "hipster" lain sibuk mengira stocks. Sambil diperhatikan senior staffs dari branch lain.
Manager: kau ni kan dari semalam aku tengok. Dia tu mak orang la. (aku mak orang hoi..hahaa! baik punya cover)

Lucky me. Ada manager yang baik walaupun aku yang dok bagi arahan dekat manager tu.*sebab aku "orang" asing kuikui..

" bro ni jangan lupa update"
" bro tolong check items code ni tak valid"
" bro blablab bla bla.."
AKU MANAGER KE KAU MANAGER

Sebab terbiasa bagi arahan. Hiks. Kalau rajin aku jengah hampa lagi na.

Lokasi: Mall orang kaya-kaya
Waktu: 6 pm- 11 am

Sahaja aku mencuba. Siapa je yang berpeluang berada dalam mall pukul dua tiga empat pagi selain dari Security Guards. Kau hado.

Esok first interview aku dengan ______________ Corporation.

Harapan aku untuk mendapatkan position yang ditawarkan separa hidup separa mati. Sebab aku tau ada candidates lain yang experience level bertahun dan aku hanyalah fresh graduate entry level yang sijil Degree pun tak dapat lagi *nak dapat lagu mana, final exam punya results pun tak keluar lagi

Tapi depa panggil interview, pi ja la kan. Ambil pengalaman.

"Abah, esok ada candidates yang ada experience 5 8 tahun"-aku
Rezeki masing-masing..kalau tak dapat anggaplah sebagai pengalaman pegi interview jawab Abah.

Mana tau, rezeki aku dekat position lain. Maaf rakan-rakan bloggers, aku free nanti aku jengah site hampa.

Yang Benar,
Budak Hingus 

Friday, January 15, 2016

Catatan Hidup


Saja aku throwback kisah-kisah lalu. Tahun 2008.

Satu buku diari 2008-2012
Satu lagi 2012- marcapada

Spesis aku. Memang aku suka coret kisah hidup aku dalam diari. Seronok tulis diari.
Maka. Boleh aku katakan beruntung bagi mereka yang namanya tercatit dalam diari aku.

Kau
Kau
Dan
Kau

Untung la...nanti anak cucu aku baca pasal hampa *sila bangga

Untuk diari 2008-2012. Aku koyakkan 17 helaian. Sebab ada yang aku kutuk-kutuk orang. Jadi. Sebelum aku pergi. Ada baiknya aku hapuskan bukti. Zaman kurang matang banyak yang isi diari pun kurang matang. Sekarang? alhamdulillah. Aku tahu beza mana baik mana buruk. Mana kaca dan mana permata. Takde aku kutuk kutuk orang. Kalau ada pun dalam hati. "Eee..menyampah aku"

Dalam diari lama aku jugak ada aku selitkan amanat tahun 2013. Mana lah tahu masa aku singkat.*tak salah beringat mati

Masa aku bukak diari lama aku. Ada hembusan bayu. Ah sudah. Sampai macam tu sekali angan aku baca diary lama. Berbayu-bayu. Hai bayu. Aku rindu dengan angin lalu.

Throwback Lagi

Lokasi: Mahallah UIA
Waktu: Sekitar petang

Orang kata kalau menangis mesti bersebab.

1) suka
2) duka

Dua hari sebelum paper terakhir aku. Sebenarnya aku tak boleh nak fokus sangat. Sedih. Menangis sampai mata bengkak.

Jarang bagi seorang yang berjiwa kental nak menangis. Tapi kalau sekali menangis. Non-stop macam air paip yang membazir.

Membazir menangis untuk sesuatu sebab yang tak wajar.

Saturday, January 9, 2016

Kopi dan Susu


Lokasi: Bus Stop Elite
Waktu: Malam


"Tengok tu..kopi dengan susu" kata Abah sambil menunjukkan jari jemarinya ke arah satu pasangan Cina dan India yang mesra lalu lalang depan bus stop.

"Satu Malaysia" sambung aku.

"Tahi cicak" sambung aku lagi.

Abah aku blurrr panjang. Dan akhirnya he got me. Dan kami anak beranak berhuhu..

Siaran radio kereta Abah pun mengeluarkan satu luahan cerita dari pendengar radio. Katanya si gadis nak berkahwin lagi 2 hari. Masalah nya dia dillema. Dia tak sayang langsung bakal suami dia. Dia bakal berkahwin dengan orang tu atas dasar permintaan arwah mak dia. Dalam pada masa yang sama dia cintakan lelaki lain.

Well... Dalam kisah ni. Abah aku memberi pendapat tinggalkan bakal suami yang dia tak cinta langsung, lagipun mak dia dah arwah. Yang dah pergi tetap pergi. Yang hidup kena teruskan hidup dengan bahagia.

Mak aku pulak. Kad kawin semua dah edarkan. Takkan nak batalkan macam tu je. Dah tau suka kat orang lain kenapa bagi harapan dekat bakal suami dia.

Aku?

Entahlaaaaah *garu kepala tanpa kutu

Mama dan Abah aku selalu berlainan pendapat. Bahagia aku tengok gelagat depa.

Terima kasih Tuhan. Atas anugerah terindah.

Dulu aku ingat lagi. Aku nak pi camping dalam hutan. Abah okay je on. Mak aku pulak lampu merah. Dan akhirnya aku bercamping dalam mimpi je. Naluri ibu risaukan anak berlebihan kan.

Konsep Hidup Berjiran

Roomate aku kan, dia selalu kunci jam pagi-pagi buta. Tapi dia tak bangun. Aku yang bangun. Ganggu tidur aku.
Bunyi ayam belanda kuat sangat.

Entry sejenis throwback, roomate semester lalu. Menci I. Tapi rindu.


Sunday, January 3, 2016

Lumut di tepi perigi


Aku dok berpikiaq2 dari semalam lagi....

Every man deserves a woman who respects him. And every woman deserves a man who appreciates her effort.

Boleh jadi macam ini jugak. Tak mustahil.

Proses dua hala.

Timba -----> Perigi
Perigi  -----> Timba

Kalau aku. Lumut kat tepi perigi. Tengok drama timba cari perigi. Perigi cari timba.

JEJAK LU ORANG