Monday, February 28, 2011

RESIPI RAHSIA PENGAT LABU MANIS LEMAK BERKRIM

ha...amacam tajuk entry..menarik perhatian?  memang la kan, ramai yang cari resepi ni, mudah dan ringkas.

RESIPI RAHSIA yang kini tidak menjadi rahsia lagi..
hidangan pengat labu sesuai di makan seisi keluarga,, pagi,petang,siang,atau malam..
tapi yg paling sesuai petang la..:) time lepak2 dgn family,,kawan2


ape yang anda perlukan untuk buat hidangan pengat labu????  : 













  1. 1/2 biji labu
  2. 1/2 cawan gula putih
  3. 3 sudu besar gula merah
  4. 4 sudu besar sagu biji (warne putih)
  5. 1 cawan pati santan
  6. 3 helai daun pandan
  7. 4 cawan air
  8. 1/2 sudu kecil garam

pssst....ni hidangan untuk 5 orang

cara2 nak buat pengat labu =>

mudah je

  1. buangkan kulit labu dan potong dadu.
  2. masukkan labu dalam periuk dan rebus dengan 4 cawan air bersama daun pandan.
  3. bila air dah mndidih..masukkan sagu.
  4. bila labu dah gebu baru masukkan gula merah,putih dan garam.
  5. akhir skali masukkan santan dan kacau 5 minit..tutupkan api dan siap untuk dihidang...=)

selamat mencuba semua..=) credit to mama.

4 ,134 blogger sensasi komen:

Ms.Su said...

sedap di makan masa bulan pose ;)

Ms.Su said...

sedap di makan di bulan pose;)

fadh leyanie said...

haha..btol2 :)

Anonymous said...

Makan ngan famili petang2 memang best

JEJAK LU ORANG